Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Aksi ‘Si Comel’ Dibelai Anggota Polis Ketika Bertugas Raih Tumpuan Netizen

Debaran rakyat Malaysia yang menumpukan terhadap situasi politik negara beralih apabila melihat video aksi ‘si comel’ dibelai anggota polis di Istana Negara.

Ia susulan selepas tempoh penyerahan akuan bersumpah (SD) sokongan terhadap calon Perdana Menteri baharu yang tamat pada jam 4 petang pada Rabu.

Advertisement

aksi ‘si comel’ dibelai anggota polis ketika bertugas raih tumpuan netizen

Tumpuan warganet tertarik apabila aksi seekor kucing manja dibelai anggota polis yang mengawal di Pintu 2, Istana Negara.

Video berdurasi 64 saat itu disiarkan di media sosial Astro AWANI dan dikongsikan di akaun Facebook, Polis Diraja Malaysia dan memperoleh lebih 225,000 ribu tontonan.

Pelbagai reaksi yang diluahkan warganet apabila melihat haiwan itu mesra dan manja dengan anggota polis itu dan dilihat begitu comel.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini