Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetahui ramai rakyat di negara ini sudah sekian lama tidak dapat pulang ke kampung, dan berjumpa dengan ibu-bapa mereka.
Malah, sejak kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lepas ada di antara mereka yang sudah tidak berjumpa dengan ibu bapa lebih setahun.
Advertisement

Tambahnya, kerajaan akan membenarkan aktiviti rentas negeri sebaik sahaja negara 90 peratus lengkap vaksinasi dalam populasi dewasa.
“Saya percaya ramai nak balik kampung. Sesetengah tu dah setahun lebih tak tengok ibu bapa mereka, ada juga sesetengah ibu bapa tak sihat. Saya tahu kalau arwah mak saya dulu, kalau tak balik setiap minggu atau dua minggu sekali, dia akan menangis kalau telefon saya.

“Ramai saya percaya mempunyai situasi seperti yang saya pernah hadapi dulu. Kita faham tapi kerana masalah kesihatan kita sekat dahulu pergerakan.
“Tapi saya dah kata kita tak akan sekat pergerakan rakyat kita selama-lamanya. Saya dah umumkan, kalau 90 peratus rakyat secara keseluruhannya menerima dua dos vaksin, kita akan benarkan pergerakan rentas negeri,” katanya.
Rentas negeri: 'Saya faham perasaan tak dapat jumpa ibu bapa, berita gembira tak lama lagi' - Datuk Seri @IsmailSabri60#AWANInews #MalaysiaSihat #KeluargaMalaysia pic.twitter.com/EV5XA2XkY6
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) October 3, 2021
Beliau berkata demikian dalam program wawancara khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri, yang disiarkan di Astro AWANI, TV3, dan RTM pada Ahad malam.
Sumber: Awani