Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sepi Tanpa Pengunjung, Akuarium Tokyo Seru Orang Ramai FaceTime Dengan Belut Murung

Selepas sekian lama tidak menerima pengunjung, seorang penjaga akuarium di Jepun mula mendapati spesis belut jenis grass eel mula menunjukkan tanda kemurungan.

sepi tanpa pengunjung, akuarium tokyo seru orang ramai facetime dengan belut murung

Disebabkan itu, akuarium Sumida, Tokyo meminta orang ramai berinteraksi dengan belut berkenaan menerusi panggilan video FaceTime.

Advertisement

Lima buah iPad diletakkan di luar tangki bagi memudahkan orang ramai melihat ke dalam ruang habitat buatan spesis berkenaan.

sepi tanpa pengunjung, akuarium tokyo seru orang ramai facetime dengan belut murung

Biasanya belut-belut kecil ini akan muncul dari permukaan tanah akuarium dan akan menggoyangkan tubuh badannya ketika diperhatikan manusia.

sepi tanpa pengunjung, akuarium tokyo seru orang ramai facetime dengan belut murung

Namun, selepas sekian lama tidak mempunyai pengunjung, kira-kira 300 ekor belut itu mula menunjukkan perubahan menjadi 'murung'. Ada juga belut yang menjadi takut dengan manusia.

Akhirnya selepas berpeluang membuat panggilan FaceTime pada Ahad lalu, kesemua belut itu menampilkan diri secara beransur-ansur dan tidak lagi murung seperti sebelumnya.

Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, ada haiwan yang mula keluar dari sarangnya dan memenuhi jalanan, namun ada juga haiwan yang mahu interaksi dengan manusia, sama seperti belut-belut ini.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini