Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Alam Flora Kumpul 9,000 kg Sampah-Sarap Pada Malam Ambang Tahun Baru, ''Mentaliti Masih Seperti Dulu..''

Meskipun tahun 2020 kita tidak dapat melihat kelibat kereta terbang seperti yang kita semua pernah bayangkan suatu ketika dahulu, ia tidak bermaksud kita masih perlu kekalkan sikap dan sifat kita yang buruk seperti membuang sampah merata-rata.

Memetik laporan daripada laman Facebook Alam Flora, pada malam ambang tahun baru, kira-kira 9 tan sampah telah berjaya dikumpulkan, masing-masing 2.5 tan di Bukit Bintang, 4 tan di KLCC dan 2.5 tan di Dataran Merdeka.

Advertisement

alam flora kumpul 9,000 kg sampah-sarap pada malam ambang tahun baru,

Dengan hanya 100 orang petugas pada 10 unit jentera, 9000 kg sampah sarap ini adalah kesan daripada sikap tidak bermoral segelintir masyarakat kita masa kini.

alam flora kumpul 9,000 kg sampah-sarap pada malam ambang tahun baru,

alam flora kumpul 9,000 kg sampah-sarap pada malam ambang tahun baru,

Tambah menyedihkan lagi, pekerja Alam Flora ini terpaksa berkerja lebih 8 jam bagi membersihkan ibu kota ditengah waktu malam, selepas sahaja tamat acara ambang tahun baru 2020.

alam flora kumpul 9,000 kg sampah-sarap pada malam ambang tahun baru,

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan sikap seperti ini malah kecewa kerana segelintir masyarakat masih terbawa-bawa mentaliti seperti dahulu pada tahun baru 2020 ini.

alam flora kumpul 9,000 kg sampah-sarap pada malam ambang tahun baru,

Sumber: Facebook Alam Flora

ERA Muzik Hit Terkini