Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Guna Alarm Bunyi Tenang Rupanya Lagi Senang Kejutkan Tidur - Kajian

Adakah anda seorang yang sukar untuk bangun awal pagi walaupun sudah memasang penggera dengan bunyi yang paling kuat dan bingit?

Ada orang yang lebih suka menggunakan bunyi penggera biasa yang mempunyai bunyi tenang, dan ada yang lebih selesa menggunakan penggera yang bingit setiap kali ingin bangun daripada tidur. Persoalannya, penggera jenis mana yang lebih baik?

Advertisement

mana lebih bagus, bangun tidur guna alarm bunyi bingit atau bunyi tenang?

Dr James Giordano, seorang neurologist dari Jabatan Neurologi di Georgetown University Medical Centre berpendapat bahawa, penggera untuk bangun tidur adalah sebaik-baiknya yang mempunyai bunyi menenangkan.

Penggera yang bingit dan terlampau kuat setiap kali bangun daripada tidur akan mengaktifkan sistem saraf simpatik pada otak yang dibaca sebagai ‘ancaman’,  menyebabkan tubuh dipaksa bangun sebelum waktunya.

mana lebih bagus, bangun tidur guna alarm bunyi bingit atau bunyi tenang?

Selepas anda dipaksa bangun oleh bunyi penggera yang bingit, tubuh akan menghasilkan lebih banyak hormon stress kortisoldan adrenalin, mengakibatkan anda bangun dengan rasa panik dan stress. Kemungkinan anda akan bangun dengan keadaan sakit kepala.

Sebagai pengganti kepada penggera, anda juga boleh gunakan cahaya lampu untuk mengejutkan anda daripada tidur yang nyenyak.

mana lebih bagus, bangun tidur guna alarm bunyi bingit atau bunyi tenang?

Sumber: Okezone

ERA Muzik Hit Terkini