Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nak Bernikah Antara Alasan Diberi Ketika Mahu Rentas Negeri

Ketika larangan rentas negeri masih dikuatkuasakan, masih ada individu yang berdegil dan mengambil kesempatan untuk merentas negeri bagi pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga.

nak bernikah antara alasan diberi ketika mahu rentas negeri

Memetik laporan Awani, sekatan jalan raya yang dijalankan di Tol Gombak semalam menyaksikan sejumlah 150 kenderaan diarahkan berpatah balik kerana gagal menunjukkan dokumen kebenaran rentas negeri selain memberikan pelbagai alasan tidak munasabah.

Advertisement

Hasil pemeriksaan keatas 800 buah kenderaan di Tol Gombak, sekurang-kurangnya 60 pemandu gagak mengemukan dokume permit rentas negeri daripada polis.

Antara alasan yang diberikan ialah masalah rumah tangga dan juga ingin melangsungkan akad nikah, kata Ketua Polis Gombak, Assisten Komisioner Arifai Tarawe.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar mendapatkan kebenaran di balai polis terlebih dahulu sebelum memulakan pergerakkan.

Tambahnya lagi, polis akan mengenakan tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan pembayaran kompaun di lokasi sekatan sekiranya masih ada individu yang degil mahu merentas sempadan negeri tanpa kebenaran. Bagaimanapun, ia bergantung kepada SOP yang ditetapkan kerajaan.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini