Baru-baru ini, tular satu rakaman video menunjukkan sebuah kenderaan jenis Toyota Wish menghalang laluan keluar kereta lain jenis Perodua Myvi apabila kenderaan itu diletakkan secara double park.

Advertisement
Kejadian yang berlaku di Bangi itu telah menyebabkan orang ramai disekeliling cuba untuk membantu menolak kereta itu.

Namun, kereta itu dipercayai meletakkan kenderaan sambil menarik handbrake, menyebabkan ia sukar untuk ditolak.


Berdasarkan rakaman video berdurasi 7 minit 58 saat di Facebook We are Malaysians menunjukkan sekumpulan orang ramai bekerjasama membantu mengalihkan kereta itu menggunakan jek hidraulik ke lokasi lain bagi membolehkan kereta Myvi dapat keluar.
Meskipun nampak sukar untuk mengalihkan kenderaan itu keluar daripada laluan, usaha sekumpulan orang ramai ini wajar dipuji kerana mereka saling tolong menolong, bersabar dan juga bekerjasama antara satu sama lain.