Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Malaysia sehingga jam 5 petang hari ini.

Menerusi kenyataan di laman MetMalaysia, kawasan yang dijangka terlibat adalah di:
Advertisement
Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).
Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).
Kelantan (Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah). Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).
Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
Bagi kawasan yang dijangka berlaku ribut petir sehingga jam 4.00 petang pula ialah di Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Terengganu (Besut dan Dungun). Pahang ( Raub). Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.
Sabah Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).
Amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang juga dijangka berlaku dikawasan perairan Pahang, Selat Melaka dan Condore hari ini, menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Sumber: MetMalaysia