Skip to main content

Advertisement

Hiburan

AS Kini Paling Ramai Terkena Jangkitan, Jumlah Kes Dunia Dah Lebih Setengah Juta Orang!

Bilangan kes positif jangkitan COVID-19 di dunia kini telah melepasi angka setengah juta.

as kini paling ramai terkena jangkitan, jumlah kes dunia dah lebih setengah juta orang!

Ia selepas pertambahan lebih 59 ribu kes positif dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 diseluruh dunia mencecah 532,224 orang.

Advertisement

Buat pertama kalinya juga, Amerika Syarikat kini mengatasi China dan Itali untuk muncul sebagai negara paling ramai kes positif COVID-19 di dunia.

as kini paling ramai terkena jangkitan, jumlah kes dunia dah lebih setengah juta orang!

Amerika Syarikat mencatatkan bilangan kes mendadak sebanyak 17,119 menjadikan jumlah kes positif dinegara itu sebanyak 85,594 kes, dengan 1,300 kematian telah direkodkan setakat ini.

Lima negara teratas paling ramai diijangkiti adalah Amerika Syarikat, China, Itali, Sepanyol dan Jerman.

as kini paling ramai terkena jangkitan, jumlah kes dunia dah lebih setengah juta orang!

Sehingga kini, jumlah kematian diperingkat global sebanyak 24,089 kes dengan 124,326 kes dilaporkan pulih.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: Awani / Coronatracker

ERA Muzik Hit Terkini