Amerika Syarikat dilaporkan akan membina sebuah pangkalan tentera di bulan, lengkap dengan barisan askar yang terdiri daripada robot.

Bercakap pada Persidangan Angkasa Angkasa AFWERX pada Selasa, ketua US Space Command, John Shaw berkata, tentera di angkasa lepas adalah sebagai perancangan dimasa akan datang.
Advertisement
"Pada suatu ketika, ya, kita akan menempatkan manusia di angkasa.
"Mereka mungkin mengoperasikan pusat pemerintahan di suatu tempat dalam lingkungan bulan atau di tempat lain yang berdekatan, dimana sebahagian besarnya bersifat autonomi."
Pangkalan tentera yang beroperasi di bulan ini akan menggunakan robot sebagai barisan tenteranya kerana lebih mudah untuk dioperasikan berbanding keupayaan tentera dari kalangan manusia.
Tentera Amerika Syarikat akan bekerjasama dengan NASA bagi merealisasikan projek ini bagi memastikan keselamatan penduduk bumi terjamin.
Dalam perkembangan lain, China juga dilaporkan akan membina pangkalannya di bulan dalam masa 10 tahun akan datang.
Sumber: The Sun