Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua kali ini dijangka akan berakhir pada hari Selasa depan.

Walaubagaimana pun, ramai yang masih tertanya-tanya sama ada PKP ini akan terus disambung lagi ataupun ada pendekatan berbeza daripada pihak Kerajaan sendiri.
Advertisement
Akademi Perubatan Malaysia (AMM) bagaimana pun mempunyai pandangan sendiri berkenaan pelaksanaan PKP iaitu melanjutkan ia sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menurut AMM, umumnya masyarakat akan bergerak pulang ke kampung masing-masing bagi perayaan hari raya dan ini akan memburukkan lagi penyebaran wabak COVID-19 di negara ini.

Malah, penjarakan sosial di kawasan R&R sepanjang lebuhraya juga berisiko gagal jika PKP tidak disambung.
AMM juga memahami keinginan masyarakat untuk meluangkan masa bersama sanak saudara sempena hari raya, namun kita perlu menghadapi wabak ini sehinggalah vaksin baru ditemui.
“Disebabkan pandemik Covid-19, penjarakan sosial perlu menjadi norma baharu sekurang-kurangnya untuk satu tempoh waktu sehingga keadaan menjadi terkawal.
“Untuk tahun ini, sekurang-kurangnya perlu ada kawalan, pemantauan atau mungkin haramkan perhimpunan sama ada perhimpunan Ramadan, Aidilfitri atau Haji,” katanya.
Menurutnya lagi, penarikan balik PKP atau penguatkuasaan yang longgar akan mensia-siakan kebaikkan yang telah dicapai dalam tempoh empat minggu PKP ini dilaksanakan.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan cadangan dan beberapa pilihan kepada Kerajaan berkenaan pelaksanaan PKP.
Sumber: Sinar Harian