Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Among Us Kini Banned Pemain Yang Keluar Permainan Dengan Sengaja

Siri permainan popular, Among Us kini melarang mana-mana pemainnya keluar daripada pemainan dengan sengaja.

buat undian rahsia antara update terbaru among us

Permainan mudah alih yang menjadi popular tahun 2020 ini menjadi pilihan ramai untuk berhubung dan bermain sesama rakan serta pengguna lain, takkala wabak COVID-19 sedang melanda dunia ketika ini.

Advertisement

Bermotifkan permainan mencari siapakah ‘impostor’ dalam kalangan pemain, ada ketikanya pemain suka untuk keluar daripada permainan dengan sengaja, kerana merasakan tidak seronok untuk meneruskan game yang sudah bermula. Atau pun ada juga keluar daripada game, kerana tidak terpilih untuk menjadi impostor.

Kini, permainan mudah alih keluaran IndieSloth ini tampil dengan update baharu dimana ia akan ‘banned’ mana-mana pemain yang bertindak keluar daripada permainan tersebut dengan sengaja.

Menerusi laman Reddit, seorang pengguna berkongsi tangkapan skrin menunjukkan larangan bermain selama 5 minit, kepada mereka yang sengaja keluar daripada game yang sudah bermula.

among us kini banned pemain yang keluar permainan dengan sengaja

Mungkin 5 minit kedengaran seperti sekejap, namun ia sudah cukup untuk memberi pengajaran kepada golongan seperti ini dalam permainan Among Us.

Amaran sama juga muncul jika pemain menggunakan godam dalam permainan berkenaan:

among us kini banned pemain yang keluar permainan dengan sengaja

Dalam perkembangan lain, Among Us dikatakan akan tampil dengan beberapa siri update, antaranya membenarkan lebih daripada 10 pemain, peta yang baharu dan juga membuat undian rahsia.

buat undian rahsia antara update terbaru among us

Sumber: Screenrant

ERA Muzik Hit Terkini