Haiwan juga mempunyai rasa belas kasihan sama seperti manusia, cuma yang membezakan kita dengan haiwan ialah mungkin rasa belas kasihan mereka adalah lebih banyak berbanding kita.
Laurie Wolf, seorang jurufoto daripada Florida baru-baru ini telah berkongsi sekeping foto yang menakjubkan, iaitu foto seekor burung hantu bersama seekor anak itik dalam sarangnya.
Advertisement

Anak itik tersebut dipercayai telah dijaga oleh burung hantu terbabit sebagai anak angkatnya. Menurut Laurie, ia adalah sesuatu yang pelik kerana burung hantu adalah haiwan pemakan daging dan mungkin anak itik itu adalah makanannya.

Namun menurut pengarah di pusat Manitoba Bird Studies Canada, Christian Artuso, ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana kedua-dua haiwan tersebut berada dalam spesis yang sama iaitu burung.
Sumber: Elite Reader
