Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Menyayat Hati! Anak Kandung Larikan Diri Lepas Penggal Kepala Ibu Sendiri, Suspek Penganggur Hanya Mahu Duit

Seorang wanita maut apabila dipenggal anak lelakinya sendiri di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor.

Malah, suspek menggunakan parang sebagai senjata untuk menyerang mangsa berusia 56 tahun itu.

Advertisement

menyayat hati! anak kandung larikan diri lepas penggal kepala ibu sendiri, suspek penganggur hanya mahu duit

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa memaklumkan pihaknya menerima laporan dan bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 5.45 petang.

Hasil siasatan polis bersama Unit Forensik mendapati mangsa berada di ruang tamu rumah dengan kesan darah.

“Kejadian disedari apabila salah seorang  anak mangsa gagal menghubunginya dan segera pergi ke rumah berkenaan.

“Setibanya di lokasi,  anak mangsa melihat keadaan rumah berlumuran darah dan suspek melarikan diri di belukar belakang kediaman itu,” katanya.

menyayat hati! anak kandung larikan diri lepas penggal kepala ibu sendiri, suspek penganggur hanya mahu duit

Tambahnya, pihaknya dan bantuan penduduk kampung berjaya menahan suspek yang bersembunyi dalam semak tersebut.

“Kita turut menemukan parang yang  disyaki digunakan untuk memenggal mangsa dalam tandas rumah itu.

“Suspek yang juga penganggur dipercayai menetap bersama ibu dan bapanya manakala adik beradik lain menyewa di kawasan berhampiran,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online
 

ERA Muzik Hit Terkini