Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Elak Jangkitan Dari Tandas, Anak Kapal Dari China Dicadang Pakai Lampin

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) baru-baru ini telah mengeluarkan satu garis panduan khas buat industri penerbangan negara itu untuk beroperasi dikala pandemik COVID-19 ketika ini.

elak jangkitan dari tandas, anak kapal dari china dicadang pakai lampin

Menerusi Garis Panduan Teknikal Pencegahan dan Pengendalian Epidemik untuk Syarikat Penerbangan, Edisi Keenam, ia mengandungi amalan dan cadangan yang terbaik untuk dilakukan ketika berada dalam pesawat dan di lapangan terbang.

Advertisement

Ia termasuklah pemakaian alat perlindungan diri (PPE), pelitup muka, sarung tangan, gogel, pelitup kasut jenis pakai buang dan lain-lain.

Namun ada satu cadangan yang agak kurang disenangi oleh anak kapal iaitu memakai lampin pakai buang.

Ia dicadangkan agar mereka tidak perlu ke tandas untuk menggunakan bilik air sekaligus mengelakkan risiko jangkitan.

elak jangkitan dari tandas, anak kapal dari china dicadang pakai lampin

Meskipun ia hanyalah satu cadangan, ramai yang kurang bersetuju dengannya meskipun tahu tandas pesawat adalah lokasi yang kotor dan senang untuk dijangkiti virus dari pengguna dalamnya.

Ogos lalu, seorang wanita dari Itali ke Korea Selatan dijangkiti COVID-19, selepas menggunakan tandas pesawat dimana ketika dalam tandas, beliau tidak menggunakan pelitup muka. Pihak terlibat mendapati, wanita itu mungkin dijangkiti COVID-19 ketika berada dalam tandas pesawat berkenaan.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini