Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ibu Hampir Pitam Anak Lelakinya Umur 18 Tahun Ada Dua Isteri

Seorang remaja berusia 18 tahun dan masih bersekolah telah menarik perhatian media di Indonesia selepas disahkan mempunyai dua orang isteri dalam tempoh selang sebulan.

ibu hampir pitam anak lelakinya umur 18 tahun ada dua isteri

Dikenali dengan nama Ahmad Rizal, beliau yang belajar di Sekolah Menengah Kejuran Negeri Gerung dekat Dusun Sayong Batu, Lombok Barat, telah menikahi isteri pertamanya, Fitriani yang berusia 15 tahun.

Advertisement

Perkahwinan Rizal bersama isteri pertama berlaku pada 17 September lalu dengan mas kahwin 2.5 juta rupiah (RM702).

Bagaimanapun perkahwinannya mengikut adat tradisi Lombok, tidak dimaklumkan kepada Pejabat Agama.

Tidak sampai sebulan, keluarga isteri kedua iaitu Mariani datang ke rumah Rizal dan meminta agar lelaki itu berkahwin dengan gadis berkenaan.

Mendengarkan permintaan itu, ibu Rizal hampir sahaja pitam namun terpaksa menurut kehendak keluarga Mariani dengan mas kahwin 1 juta Rupiah (RM280).

ibu hampir pitam anak lelakinya umur 18 tahun ada dua isteri

Kedua-dua pengantin perempuan disatukan dalam dua acara perkahwinan dengan kos sekitar 50 juta Rupiah (RM14,041).

Sementara itu, pihak sekolah memohon jasa baik keluarga agar membenarkan dua gadis yang baru bergelar isteri untuk meneruskan persekolahan seperti biasa.

Sumber: Tribun News

ERA Muzik Hit Terkini