Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nekad Ubah Nasib Keluarga, Anak Pemandu Lori Sampah Berjaya Raih 4.0 Dalam STPM 2019

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 telah pun diumumkan semalam, dan apa yang mencuri perhatian ramai ialah keputusan cemerlang oleh Nuraini Jalaluddin, 20.

nekad ubah nasib keluarga, anak pemandu lori sampah berjaya raih 4.0 dalam stpm 2019

Advertisement

Nuraini telah memperoleh keputusan cemerlang dengan PNGK 4.0 dan 5A dalam STPM2019 ini, sekaligus dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik.

Pelajar ini menjadikan kesusahan yang dialami oleh bapanya yang bekerja selama 33 tahun sebagai pemandu lori sampah sebagai suntikan semangat untuk dirinya belajar bersungguh-sungguh bagi mengubah nasib keluarga.

nekad ubah nasib keluarga, anak pemandu lori sampah berjaya raih 4.0 dalam stpm 2019

“Dengan mempunyai pelajaran saja dapat mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik. Bapa sudah 33 tahun memandu lori sampah dan akan bersara bulan depan, saya mengharapkan dia dapat berehat dan menikmati usia tua selepas ini…”, katanya kepada pemberita.

Bapanya merupakan pemandu lori sampah di Majlis Daerah Pengkalan Hulu, manakala ibunya pula adalah seorang suri rumah tangga.

Tahniah kami ucapkan kepada semua!

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini