Anak kepada bekas penyerang pasukan Manchester United, Wayne Rooney dijangka akan membawa kembali zaman kegemilangan bapanya apabila secara rasmi menandatangani kontrak bersama pasukan itu.

Advertisement
Menerusi perkongsian di Instagram, Kai Rooney berusia 11 tahun menandatangani kontrak bersama Manchester United, sambil disertakan sehelai jersi nombor 10 disebelahnya.

"Hari yang membanggakan. Kai mendaftar untuk @manchesterunited. Teruskan usaha anak.", tulis Wayne dalam hantaran di Instagram.
Wayne Rooney merupakan antara pemain terkenal Manchester United, membuat penampilan awal dalam kelab Everton pada usianya 16 tahun. Penampilan anaknya Kai dalam pasukan gergasi ini juga diharapkan mungkin mampu menandingi kehebatan bapanya, suatu hari nanti.
Sumber: Instagram Wayne Rooney