Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anjing Sempat Koyakkan Pasport Dan Tiket Ke Wuhan, China Sebelum Kecoh Pasal Coronavirus

Tak ramai yang ada dan percaya kepada deria keenam. Namun ada ketika, deria keenam ini mungkin dapat memberitahu kita sesuatu yang akan terjadi.

Begitulah juga terjadi kepada pemilik anjing dari Taiwan ini apabila anjing perliharaannya dikatakan telah mengoyakkan pasport serta tiket perjalanannya ke Wuhan, China pada awal bulan lalu.

Advertisement

anjing sempat koyakkan pasport dan tiket ke wuhan, china sebelum kecoh pasal coronavirus

Wanita berkenaan pada awalnya menceritakan, beliau merasa geram dan marah kerana anjingnya bertindak menggigit serta mengoyakkan pasport dan tiket penerbangannya ke Wuhan, China, menyebabkan dia terpaksa membatalkan penerbangan.

anjing sempat koyakkan pasport dan tiket ke wuhan, china sebelum kecoh pasal coronavirus

Beberapa hari kemudian, wanita berkenaan terkejut dengan berita penyebaran wabak Coronavirus yang telah meragut banyak nyawa.

"Masihkah anda ingat dengan pasport saya? Anjing saya telah melindungi saya. Selepas pasport saya rosak, virus Coronavirus telah merebak ditempat yang saya ingin tuju (Wuhan, China).

Jika difikirkan kembali, rasa sangat terharu. Nasib baik anjing saya membatalkan penerbangan kesana", tulis wanita ini pada satu posting di Facebook.

Sumber: Facebook

ERA Muzik Hit Terkini