
Menteri Pengangkutan , Anthony Loke Siew Fook melakukan tinjauan untuk melihat sendiri situasi sebenar menggunakan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.
Advertisement
Anthony Loke melakukan tinjauan semalam pada waktu puncak iaitu antara jam 5 hingga 7 petang. Dalam gambar yang dimuatnaik di halaman Facebooknya, Loke mengenakan kemeja kolar berserta topi dan juga pelitup muka. Kehadirannya tidak disedari oleh orang awam dan juga polis bantuan yang bertugas di stesen LRT berkenaan.
"Petang tadi, saya meluangkan masa 2 jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT KJ line semasa peak hour di antara pukul 5-7 petang.
"Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang.
"Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari," tulisnya.
Loke menambah dia akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana bagi menambah baik perkhidmatan LRT.
Sumber: Astro Awani