Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bakal Bersaing Dengan TikTok, Aplikasi Dari Instagram Ini Katanya Lebih ‘Baik’

Instagram dilaporkan bakal memperkenalkan ciri baru yang mempunyai fungsi ala TikTok bagi penggunanya seawal Ogos depan.

Menurut syarikat gergasi itu, ciri perkongsian video yang dinamakan Reels, akan tiba kepada semua pengguna di Amerika Syarikat dan 50 negara lain.

Advertisement

bakal bersaing dengan tiktok, aplikasi dari instagram ini katanya lebih ‘baik’

Kemunculan Reels dijangka menjadi saingan kepada populariti TikTok selepas aplikasi berkenaan dilarang dibeberapa negara seperti India dan mungkin juga di Amerika Syarikat.

bakal bersaing dengan tiktok, aplikasi dari instagram ini katanya lebih ‘baik’

Reels memberi peluang kepada pengguna untuk merakam video 15 saat dan menyuntingnya dengan muzik dan audio pilihan, sebelum dikongsikan ke Instagram Story mereka.

Bagaimanapun, belum ada lagi tarikh untuk pelancaran rasmi kepada aplikasi berkenaan.

Selain Instagram, YouTube juga kini sedang membangunkan ciri yang dinamakan Shorts, mempunyai ciri yang sama seperti TikTok bagi perkongsian video pendek.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini