Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes COVID-19 Dalam Pejabat Meningkat, Sejuta Pekerja Arah Kerja Dari Rumah

Seramai satu juta pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan serta pengawasan dalam Zon Merah di kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), diarah untuk bekerja dari rumah mulai Khamis, 22 Oktober 2020.

kes covid-19 dalam pejabat meningkat, sejuta pekerja arah kerja dari rumah

Arahan itu membabitkan pekerja di kedua-dua sektor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah.

Advertisement

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai peningkatan kes jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja di pejabat.

"Dulu saya kata kita galakkan (kerja di rumah). Sekarang bukan galakan. Kita arahkan. Jadi, maknanya ia adalah arahan.

"MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) akan keluarkan (senarai) sektor di bawah kementerian itu.

"KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) juga akan keluarkan arahan untuk perkhidmatan awam. Jadi, ia (bekerja di rumah) bukan digalakkan lagi," katanya pada sidang media harian semalam.

Pelaksaan arahan bekerja dari rumah ini berkuatkuasa 22 Oktober (Khamis) sehingga pelaksaan PKPB dikawasan-kawasan berkenaan tamat.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini