Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Arahan Isi Borang Ditarik Balik Sementara Waktu, Jangan Serbu Balai Polis!

Jika sebelum ini telah keluar satu arahan bagi orang ramai untuk mengisi borang perjalanan antara negeri, kini arahan itu terpaksa ditarik balik untuk sementara waktu.

Ia berikutan situasi panik dalam kalangan rakyat yang tular di laman sosial, menyebabkan ramai bertindak menyerbu balai polis berhampiran.

Advertisement

arahan isi borang ditarik balik sementara waktu, jangan serbu balai polis!

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, buat masa ini orang ramai tidak lagi perlu mengisi borang dan dibenarkan untuk melakukan perjalanan ke negeri lain, sehingga arahan baru dikeluarkan dalam sehari dua ini.

perlu kebenaran polis sebelum balik kampung, balai polis dibanjiri orang ramai

Walaupun begitu, orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan pergerakan dan perjalanan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dinegara ini, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac ini.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini