Pandemik COVID-19 dilihat semakin serius di negara Amerika Syarikat apabila negara itu kini mencatatkan 11,013 kes kematian akibat wabak berkenaan.

Setakat semalam, Amerika Syarikat telah mengesahkan sebanyak 369,179 kes jangkitan COVID-19 dinegara berkenaan, melebihi sekali ganda daripada negara Sepanyol yang berada ditempat kedua dengan 140,510 kes.
Advertisement
Walaupun begitu, rekod kematian tertinggi COVID-19 diseluruh dunia masih lagi di Itali iaitu sebanyak 16,523 kes kematian dengan 132,547 kes jangkitan.
Sehingga 7 April, sebanyak 1,364,711 kes jangkitan wabak ini diseluruh dunia, dengan 76,457 kes maut telah dilaporkan, dan angka berkenaan dilihat semakin meningkat dari hari demi hari.
Berikut adalah senarai negara-negara lain yang mencatatkan angka jangkitan COVID-19, dengan Malaysia mencatatkan 3,963 kes keseluruhan dan 63 kes kematian angkara COVID-19.

Sumber: Coronatracker