Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Asteroid Tinggi Burj Khalifa Bakal Lintas Dekat Dengan Bumi Ahad Ni

Asteroid setinggi bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, dilaporkan akan melintasi bumi pada jarak paling hampir, Ahad ini, 29 November 2020.

asteroid tinggi burj khalifa bakal lintas dekat dengan bumi ahad ni

Advertisement

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), asteroid yang diberi nama 153201 2000 WO107 itu kini bergerak di angkasa lepas pada kelajuan 56,000 batu sejam.

Mempunyai diameter 0.51 kilometer, asteroid gergasi yang dikelaskan sebagai Asteroid Menghampiri Bumi (NEA) bagaimanapun mungkin tidak melanggar bumi atau menyebabkan malapetaka.

asteroid tinggi burj khalifa bakal lintas dekat dengan bumi ahad ni

Ia juga memberi peluang kepada saintis untuk mengkaji batu asteroid berkenaan dengan lebih dekat dan terperinci.

Ini juga bukanlah kali pertama asteroid itu melintasi bumi, kerana pada 29 November 2000, asteroid yang sama dikenalpasti oleh saintis Mexico buat kali pertama.

Asteroid adalah objek atau batu tanpa udara yang dihasilkan daripada kesan pembentukan sistem suria sekitar 4.6 bilion tahun lalu.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini