Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Astro Radio Lancar Inisiatif Kami Care Helpline, Beri Bantuan Kepada Golongan Terjejas

Astro Radio telah melancarkan talian Kami Care Helpline khas kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk memohon bantuan menerusi talian WhatsApp dari kesemua jenama Astro Radio.

astro radio lancar inisiatif kami care helpline, beri bantuan kepada golongan terjejas

Pelbagai barangan keperluan harian seperti beras, gula, garam, tepung, biskut, teh, makanan dalam tin dan mi segera akan diberikan kepada pemohon yang terpilih.

Advertisement

Menurut Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, beliau mengharapkan inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat yang terbeban akibat situasi sukar ini.

“Kami berharap Kami Care Helpline membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapat barangan keperluan harian mereka ketika waktu sukar ini. Kami berusaha untuk meningkatkan sokongan bantuan dan jangkauan kami kepada mereka yang memerlukan menerusi kempen ‘Kami Care’ dan berkongsi lebih maklumat pada masa akan datang,” katanya.

Permohonan boleh dibuat menerusi talian WhatsApp ERA pada bila-bila masa di 016-5127777 dan sertakan nama penerima, nombor telefon, alamat rumah, dan maklumat ringkas mengapa anda memerlukan bantuan ini. 

astro radio lancar inisiatif kami care helpline, beri bantuan kepada golongan terjejas

Pemohon yang layak akan mendapat makluman dan barangan keperluan akan dihantar kepada pemohon.

Layari https://era.je/special/kamicare-helpline untuk maklumat lanjut

ERA Muzik Hit Terkini