Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sembilan orang atlet besbol dari Israel melompat atas katil tersebut hingga rosak.

Advertisement
Katil kadbod yang dihasilkan itu bertujuan untuk kitar semula dan pihak jawatankuasa Olimpik Jepun memaklumkan katil itu hanya untuk kegunaan seorang individu sahaja.
Memetik laporan Japan Today, Komiti Olimpik Israel telah menggesa agar video tersebut dipadam dari aplikasi TikTok.

Ben Wanger, atlet yang memuat naik video berdurasi kurang dari 1 minit itu kesal apabila mendapat pelbagai reaksi negatif atas perbuatan mereka itu.
Tindakannya itu menimbulkan kemarahan rakyat Jepun dan antarabangsa yang menonton videonya itu.
"נראה כמה ישראלים צריך כדי לשבור את אחת ממיטות הקרטון": סרטון טיקטוק שהעלה שחקן נבחרת הבייסבול של ישראל לטוקיו 2020, בן ווגנר, מראה את שחקני הנבחרת "בוחנים" את עמידות המיטות בכפר האולימפי, כשהם קופצים על אחת המיטות בחדר עד שהיא נשברת@lianwildau pic.twitter.com/ATfDU70lww
— כאן חדשות (@kann_news) July 27, 2021
Susulan tindakan itu, Ben membuat permohonan maaf secara terbuka melalui laman media sosialnya selepas menyedari tindakan tidak bermoral sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.
Atlet berusia 24 tahun itu meluahkan rasa kesal dan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat tidak baik sebaliknya hanya ingin membuktikan betapa kukuhnya katil kadbod tersebut.
Sumber: Japan Today