Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tokyo 2020: Atlet Terjun Britain, Tom Daley Curi Tumpuan Netizen Apabila Dilihat Sedang Mengait

Acara 3 meter papan anjal wanita yang berlangsung pada Ahad pasti membuat ramai orang jatuh hati apabila melihat atlet terjun Britain sedang mengait sambil menyokong rakan seperjuangannya.

atlet terjun britain, tom daley curi tumpuan netizen apabila dilihat sedang mengait

Advertisement

Ketika atlet terjun seperti Dhabitah sedang beraksi untuk terjunan 3 meter papan anjal dan mengumpul mata keseluruhan, Tom Daley dilihat santai mengait di tempat duduk penonton.

Jurukamera merakamkan atlet berusia 27 tahun itu yang sedang melakukan aktiviti mengait untuk dijadikan baju dan skaf dengan menggunakan benang berwarna merah jambu dan krim.

atlet terjun britain, tom daley curi tumpuan netizen apabila dilihat sedang mengait

Untuk pengetahuan, Tom Daley memang suka mengait dan dia telah mengait beg kecil untuk pingat emas pertamanya yang telah dimenangi menerusi acara platform 10 meter seirama lelaki.

atlet terjun britain, tom daley curi tumpuan netizen apabila dilihat sedang mengait

Rata-rata warganet yang menonton acara itu juga beralih pandangan kepada Tom Daley yang sedang fokus mengait ketika siaran langsung itu ke udara di seluruh dunia.

“Cuba tengok tu Tom Daley tengah kait relaks jer,” komen seorang pengguna Twitter.

“Selamba jer dia kait baju tu patutlah dia kata ini hobi yang dia selalu buat,” kata seorang warganet.

Menurut perkongsian Team Malaysia, Tom Daley juga pernah mengait sendiri cardigan untuk dihadiahkan kepada penerjun negara, Cheong Jun Hong.

@astroarena

Tom Daley, buat apa tu? hahahaah sempat lg dia knitting smbl tgk match. Champion and a multitasker 🏆🥇

♬ nhạc nền - Nhạc Này Chill Phết

ERA Muzik Hit Terkini