
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan bahawa pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada menggesa gencatan senjata segera yang amat diperlukan di Gaza.
Advertisement
"Orang awam hendaklah dilindungi dan peningkatan berterusan dalam aliran bantuan di seluruh Gaza diperlukan untuk menangani situasi kemanusiaan."
Ketiga-tiga pemimpin itu menggesa Israel untuk memberi maklum balas terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) minggu lepas yang menganggap pendudukan wilayah Palestin oleh Israel adalah haram.
"Kami menyeru Israel untuk memberi maklum balas secara substantif kepada pendapat nasihat ICJ, dan memastikan akauntabiliti terhadap tindakan keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin oleh peneroka pelampau, membalikkan perluasan penempatan di Tebing Barat yang haram di bawah undang-undang antarabangsa dan berusaha ke arah penyelesaian dua negara," menurut kenyataan berkenaan.
Sumber: BERNAMA