Filem Avengers: Infinity War baru-baru ini berjaya mengutip kutipan jutaan ringgit seluruh dunia dan semestinya filem ini berjaya menarik minat ramai orang, khususnya peminat filem Marvel.
Menurut pengarah filem ini, Joe dan Anthony Russo, kepada Collider, mereka memberitahu bahawa mereka tidak menjangkakan peminat sanggup menunggu sehingga tamat filem Infinity War kerana durasi filem tersebut juga sudah dikatakan agak lama.
Advertisement
Tambah mereka lagi, bagi sambungan Avengers ini, ia mungkin lebih lama daripada durasi Avengers: Infinity War .
Filem Avengers 4 dijangkakan dipawagam pada pertengahan tahun 2019.
Sumber: Collider
