Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Avengers: Endgame Akan Kembali Ke Pawagam Minggu Depan Dengan Tambahan ‘End Credit’?

Buat mereka yang sudah menonton filem Avengers: Endgame, pasti anda mengetahui bahawa filem berkenaan tidak mempunyai end credit dan ia berakhir hanya disitu.

tiada kelibat thanos, ini trailer rasmi avengers: endgame

Advertisement

Namun menurut laman Screen Rant, filem Avengers: Endgame dilaporkan akan kembali ke pawagam Amerika Syarikat dengan versi baru; YA kali ini dengan end credit!

avengers: endgame akan kembali ke pawagam minggu depan dengan tambahan ‘end credit’?

Perkara ini disahkan sendiri oleh Kevin Feige dan ia mungkin salah satu strategi Marvel bagi menambah kutipan filem bagi mengatasi filem Avatar yang masih memegang rekod kutipan paling banyak sepanjang masa.

Menurut Kevin Feige, versi terbaru Endgame ini dijangka berada dipawagam pada 28 Jun. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ia akan ditayangkan seluruh dunia, atau hanya di Amerika Syarikat sahaja.

Perkara ini juga dikongsikan bersama oleh TGV Cinermas dan ia mungkin memberi gambaran Endgame versi terbaru ini akan turut ditayangkan di pawagam Malaysia.

avengers: endgame akan kembali ke pawagam minggu depan dengan tambahan ‘end credit’?

Apa kata anda?

Sumber: Screenrant

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini