i-Sinar merupakan satu kemudahan untuk ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Pembayaran i-Sinar sudahpun dibuat selepas permohonan yang dilakukan diluluskan mengikut kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan.
Advertisement
Ekoran daripada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan aktiviti penipuan secara atas talian yang mempromosi skim pelaburan palsu menerusi aplikasi dalam telefon pintar.
Modus operandi penipuan ini adalah individu yang menyamar sebagai pegawai KWSP ini menawarkan proses pengeluaran akaun i-Sinar dengan lebih mudah, dengan mengenakan bayaran tertentu.
Polis juga menasihatkan orang ramai supaya mengabaikan sebarang bentuk promosi yang meragukan dan elakkan diri daripada berurusan dengan orang tengah. Terus berkunjung ke pejabat, cawangan atau kios KWSP berdekatan bagi sebarang proses pengeluaran akaun i-Sinar.
