Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Awas Termometer Tiruan Yang Hanya Tunjuk Suhu 37 Darjah Celsius

Ketika pandemik COVID-19 ini masih melanda dunia, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas angin dan mementingkan diri sendiri.

awas termometer tiruan yang hanya tunjuk suhu 37 darjah celsius

Memetik laporan dari Sin Chew Daily, terdapat satu alat pengesan suhu atau termometer yang dijual secara atas talian di Thailand, dimana alat berkenaan adalah palsu.

Advertisement

Alat berkenaan hanya akan menunjukkan bacaan pada 37 darjah Celsius selepas ditekan, walau dalam apa suhu sekalipun.

Malah selepas dibuka, alat berkenaan didapati kosong pada bahagian tengah, dan hanya mempunyai skrin LCD dan cip berserta wayar yang disambung. Tambah lagi, bacaan tetap menunjukkan pada angka 37 darjah meskipun badan termometer ini sudah dibuka.

awas termometer tiruan yang hanya tunjuk suhu 37 darjah celsius

awas termometer tiruan yang hanya tunjuk suhu 37 darjah celsius

Meskipun ia dijual secara atas talian di Thailand, kita juga perlulah berhati-hati dengan sebarang sindiket penjualan atas talian untuk mengelakkan diri daripada ditipu.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini