Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sebelum Nak Mula Operation, Doktor Terima Berita Ayahnya Sudah Tiada

Pekerjaan sebagai seorang doktor bukan sahaja memerlukan fizikal yang kuat kerana terpaksa berkerja lebih masa, malah memerlukan kekuatan mental yang lebih daripada orang biasa.

Menurut laporan daripada Oriental Daily, seorang doktor pakar bedah tidak sempat berjumpa dengan ayahnya buat kali terakhir kerana terpaksa berkorban masa untuk menjalankan pembedahan pesakitnya.

Advertisement

sebelum nak mula operation, doktor terima berita ayahnya sudah tiada

Zhang Xinzhi, 55, mendapat khabar tentang ayahnya yang sudah nazak sebelum beliau memasuki bilik bedah.

sebelum nak mula operation, doktor terima berita ayahnya sudah tiada

Namun, sebaik sahaja beliau memulakan pembedahan, beliau mendapat panggilan bahawa ayahnya sudah tiada.

sebelum nak mula operation, doktor terima berita ayahnya sudah tiada

Komited dengan kerjaya sebagai seorang pakar bedah, Zhang tetap meneruskan pembedahan keatas pesakitnya selama 2 jam.

Selesai pembedahan, Zhang tidak dapat menahan sebak dan berkata, beliau terkilan tidak dapat berada disisi ayahnya, tetapi menyelamatkan nyawa pesakit adalah tanggungjawab yang perlu beliau selesaikan.

Salute pada mereka yang berkerja dalam sektor perubatan!

Sumber: Oriental Daily

ERA Muzik Hit Terkini