Seorang bapa kepada seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dahulu pernah berjanji akan membawa anaknya ke sebuah restoran segera, jika anaknya berkahwin.

Sebagai bukti, anak perempuannya itu menulis sebuah ‘perjanjian’ pada sekeping kertas yang ditulis pada 23 Januari 1991.
Advertisement
Selepas 27 tahun berlalu, pada 1 September yang lepas, Steve Tucker, 60 tahun, akhirnya menunaikan janji untuk membawa anak perempuannya, Karen, selepas anaknya itu berkahwin.

Karen yang kini berusia 36 tahun berkata, beliau amat gembira apabila bapanya menunaikan janji yang pernah diberikan walaupun sudah 27 tahun berlalu, dan menganggap ia sebagai hadiah perkahwinan yang paling bernilai.
Sumber: Metro