Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Di Tuduh Penipu Kata Ayahnya Adalah Iron Man, Sekali Iron Man Datang Sekolah

di tuduh penipu kata ayahnya adalah iron man, sekali iron man datang sekolah

Seorang kanak-kanak perempuan dituduh penipu oleh rakan sekelasnya selepas beliau mendakwa ayahnya adalah Iron Man dan menjadi bahan ketawa dikelas.

Advertisement

Kejadian yang berlaku di Beijing, China ini pada mulanya disebabkan salah faham rakan sekelas selepas kanak-kanak perempuan ini bergurau dengan menyatakan bahawa ayahnya merupakan seorang Iron Man.

Bapa kepada kanak-kanak ini, Bao Guojian, menyedari bahawa anaknya menjadi bahan ketawa dikelas selepas anaknya pulang kerumah dengan muka yang sedih. Bagi menceriakan kembali anaknya, Bao nekad untuk membuat kostum Iron Man, iaitu Mark 17 dan datang ke sekolah anaknya untuk membuat kejutan.

Selepas tiba di sekolah, bukan sahaja kawan sekelasnya terkejut, malah pengetua sekolah dan guru-guru juga teruja, malah sanggup menghentikan seketika kelas bagi bergambar bersama Iron Man.

di tuduh penipu kata ayahnya adalah iron man, sekali iron man datang sekolah

“Anak saya sangat gembira pada hari itu, dia berjalan memegang tangan saya sambil berkata kepada semua, “Ini adalah ayah saya!”, kata Bao sambil mendakwa rakan-rakan anaknya percaya dia adalah Iron Man sebenar.

Sumber: China Press

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini