Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ayam Ternakan Diberi Makan Ganja Di Thailand Dakwa Dapat Tingkatkan Kualiti Daging Dan Telur

Ganja digunakan sebuah komuniti penternakan di Lampang, utara Thailand sebagai makanan untuk ayam ternakan mereka dan mendakwa dapat meningkatkan kualiti daging dan telur.

ayam ternakan diberi makan ganja di thailand dakwa dapat tingkatkan kualiti daging dan telur

Advertisement

Menurut Presiden Perusahaan Komuniti Peth Lanna, Sirin Chaemthet, mereka menjalankan eksperimen tersebut dengan kerjasama Fakulti Pertanian di Universiti Chiang Mai.

“Kesan ganja lebih baik berbanding antibiotik. Tahap imuniti ayam ternakan itu untuk melawan penyakit juga meningkat selain dapat bertahan walaupun dalam keadaan cuaca buruk,” katanya.

ayam ternakan diberi makan ganja di thailand dakwa dapat tingkatkan kualiti daging dan telur

Menerusi laman web mereka, perusahaan berkenaan telah menjual daging ayam dan telur pada harga 100 baht (RM12) sekilo dan 6 baht (80 sen) untuk setiap satu produk tersebut.

"Tahap imuniti ayam ternakan itu untuk melawan penyakit juga meningkat selain dapat bertahan walaupun dalam keadaan cuaca buruk," ujarnya.

Tambahnya, nasi ayam dimasak daripada ayam diberi makan ganja menerima respons yang positif daripada kebanyakan pembeli.

"Kami merancang untuk menjual ayam panggang pula pada masa akan datang. Produk ini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna yang mahu makanan organik dan sihat," katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

ERA Muzik Hit Terkini