
Tumpuan negara kini beralih kepada atlet berbasikal, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang merupakan satu-satunya harapan Malaysia dalam membawa pulang pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam satu perkongsian Azizulhasni di laman media sosial Facebook miliknya, beliau berkata sudah tidak sabar untuk bertanding dalam acara berbasikal yang bakal berlangsung esok.
Lebih-lebih lagi, apabila kali ini merupakan olimpik terakhirnya sepanjang lima kali membuat penampilan di temasya sukan yang berprestij ini.
"Saya sangat teruja untuk memulakan pertandingan esok untuk Olimpik kelima dan terakhir saya," katanya.
Pelumba kebanggan negara yang berusia 36 tahun itu juga diberi julukan 'The Pocket Rocketman' kerana menjadi taruhan terbaik kontinjen negara bagi menjelmakan kilauan emas.
Advertisement
Terdahulu, Skuad berbasikal trek negara sebelum ini menghabiskan masa selama dua bulan menjalani latihan dan menyertai kejohanan di Belgium dan Sepanyol sebagai persiapan mengadapi temasya di Paris.
Sumber: Astro Gempak