Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Azlan Akhirnya Kongsi Cerita Keluarga, Utamakan Kesihatan Anak

Baru -baru ini, pasangan suami isteri tular kerana membawa bayi berusia 11 bulan yang bergantung dengan alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) menaiki motosikal untuk ke hospital.  

Namun, persepsi orang ramai berubah apabila pasangan tersebut dikatakan tidak mempunyai apa-apa hubungan yang sah namun sebumbung.  

Advertisement

azlan akhirnya kongsi cerita keluarga, utamakan kesihatan anak

Bapa kepada bayi malang itu, Mohd Azlan Ishak, 36, berkata buat masa ini beliau hanya mengutamakan keadaan kesihatan permata hatinya itu.  

Azlan juga menyatakan bahawa desakan hidup telah membuatnya hidup dalam situasi tersebut tanpa mengambil kira dosa dan pahala.   

Tambahnya, ibu beliau terlantar di hospital akibat darah tinggi dan kencing manis sehinggakan pendapatan beliau sehari sebagai pelantar ikan tidak mencukupi untuk menyara keluarga.

“Alhamduliilah selepas video kami tular ramai yang menghulurkan bantuan sehingga saya dan pasangan dapat meneruskan niat kami untuk segera berkahwin.

Azlan berkata beliau akan menghalalkan  pasangannya, Norhidayu Halim, 35, pada hari Selasa ini setelah menjalani beberapa ujian yang ditetapkan agar dapat bersama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa yang baik buat anaknya itu.

Sumber Mstar

ERA Muzik Hit Terkini