Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Baby Lahir Dalam Kapal Terbang Ni Dapat Penerbangan Percuma Seumur Hidup


Sumber: Nextshark 

Siapa tak seronok dapat tiket kapal terbang free sepanjang hidup?! Dah tak payah nak fikir dah bila nak beli tiket murah, bila ada buat promo dan sebagainya. Rezeki bayi dari Arab Saudi ke India ni apabila dilahirkan dalam kapal terbang Jet Airways. 

Ibu kepada bayi tersebut, melahirkan bayi tak cukup bulan. Seorang jururawat yang juga berada dalam kapal terbang tersebut Mini Wilson menyarankan agar bayi tersebut dilahirkan pada ketinggian 35, 000 kaki (10, 688 meter)

Dalam satu kenyataan pihak Jet Airways memberitahu BBC, "Menjadi bayi pertama yang dilahirkan untuk syarikat penerbangan itu, Jet Airways dengan sukacitanya menawarkan tiket percuma untuk semua perjalanannya meggunakan Jet Airways," 

 
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

Advertisement

ERA Muzik Hit Terkini