Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bayi Dijangka Bertambah Awal 2021 Kerana Arahan Berkurung Di Rumah

Menurut Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Hamizah Mohd Hassan berkata, Malaysia dijangka akan mengalami pertambahan bayi pada awal tahun hadapan, 2021.

bayi dijangka bertambah awal 2021 kerana arahan berkurung di rumah

Ini adalah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memerlukan orang ramai tinggal di rumah.

Advertisement

Dr Hamizah mengambil contoh yang pernah terjadi pada tahun 1998 dimana berlaku insiden ribut salji buruk di Maine dan New Hampshire. Bandar itu terpaksa ditutup dan penduduk terperangkap dalam rumah dalam jangka masa lama.

Sembilan bulan kemudian berlaku 'kelahiran luar biasa' atau 'baby boom' di sana. Ini juga mungkin boleh terjadi di Malaysia kerana rakyat Malaysia kini duduk di rumah dalam satu tempoh masa yang agak lama.

Tambah Dr Hamizah lagi, pasangan berkahwin digalakkan mengamalkan perancangan keluarga bagi menangani kemungkinan kehamilan susulan PKP kali ini.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini