Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Patung Baby Shark Selamatkan Budak 3 Tahun Daripada Ditembak

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun nyaris terkena tembakan peluru sesat yang menembusi dinding rumahnya di Wisconsin, Amerika Syarikat.

patung baby shark selamatkan budak 3 tahun daripada ditembak

Kanak-kanak perempuan itu dilaporkan sedang tidur dikatil apabila insiden tembakan terjadi diluar kawasan rumahnya sekitar jam 8.42 malam pada Ahad lalu.

Advertisement

patung baby shark selamatkan budak 3 tahun daripada ditembak

Ketika kejadian, anak kecil itu sedang tidur sambil memeluk anak patung 'Baby Shark', dan peluru mengenai pada patung berkenaan.

Satu lagi peluru pula tersasar hanya beberapa inci daripada tubuhnya.

Insiden tembakan itu masih lagi disiasat dan setakat ini tiada laporan kecederaan diterima.

Sumber: Madison Police Department

ERA Muzik Hit Terkini