Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan memulakan bacaan meter sebenar mulai hari ini, 1 Jun 2020, kepada pengguna di Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Ia berikutan pembacaan meter yang terpaksa dihentikan sementara sejak pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa bagi memastikan keselamatan pekerja TNB daripada ancaman wabak COVID-19.
Advertisement
TNB berkata, pengguna boleh menjangkakan bacaan bil sebenar mereka akan lebih tinggi daripada bil anggaran kerana bil anggaran sebelum ini adalah berdasarkan penggunaan pada bulan Februari yang lebih rendah berbanding semasa tempoh PKP.
Sepanjang PKP juga, penggunaan bil elektrik di kediaman meningkat antara 20 hingga 50 peratus kerana penghuni kediaman berkurung dan majoriti pekerja juga bekerja dari rumah.

Sehubungan itu, TNB juga akan membuka semula 27 Kedai Tenaga di tiga negeri ini bagi memudahkan pengguna mendapat maklumat secara bersemuka mengenai pelarasan bil elektrik mereka.
Selain Kedai Tenaga, pelanggan TNB juga boleh mendapat penjelasan mengenai pelarasan bil mereka di talian TNB CareLine 1-300-88-5454.
Sumber: Bernama