Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jerebu: Sekolah Di Selangor Tutup, Sarawak Catat Bacaan IPU 359

Ekoran daripada jerebu yang melanda beberapa negeri disini, sebanyak 138 sekolah di Selangor diarahkan tutup pada Selasa, 17 September 2019.

jerebu: sekolah di selangor tutup, sarawak catat bacaan ipu 359

Advertisement

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, setakat jam 7 petang semalam, kawasan di Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling Perdana, dan Klang mencatatkan paras indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat.

"Sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

"Pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa,"
kata kenyataan tersebut.

Hasil pemeriksaan dilaman portal APIMS, setakat jam 7 pagi tadi, kawasan-kawasan terjejas masih mencatatkan bacaan melebihi 150.

jerebu: sekolah di selangor tutup, sarawak catat bacaan ipu 359

Lebih membimbangkan, Sri Aman, Sarawak kini berada pada tanda amaran dengan bacaan IPU 359.

jerebu: sekolah di selangor tutup, sarawak catat bacaan ipu 359

Kawasan-kawasan lain adalah seperti berikut:

jerebu: sekolah di selangor tutup, sarawak catat bacaan ipu 359

ERA Muzik Hit Terkini