Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bahaya Modified Ekzos Kereta, Jadi Punca Keracunan Gas Karbon Monoksida

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan insiden maut yang mengorbankan tiga orang gadis akibat daripada keracunan gas karbon monoksida.

Gas karbon monoksida (CO) adalah sejenis gas yang tidak berwarna, berbau dan toksik kepada manusia serta haiwan apabila ia berada dalam kepekatan tinggi.

Advertisement

lebih bahaya dalam ruang tertutup, keracunan karbon monoksida boleh ragut nyawa

Antara punca utama gas CO ini adalah daripada kenderaan.

Gas ini akan dikeluarkan dari enjin melalui sistem ekzos yang terdiri daripada beberapa bahagian. Sistem ini juga berfungsi untuk mengurangkan bahaya gas-gas berkenaan.

bahaya modified ekzos kereta, jadi punca keracunan gas karbon monoksida

Salah satu komponen penting pada ekzos kenderaan adalah “Catalytic converter”. Ia mempunyai fungsi mengubah gas karbon monoksida yang membahaya, kepada gas karbon dioksida yang lebih selamat.

bahaya modified ekzos kereta, jadi punca keracunan gas karbon monoksida

bahaya modified ekzos kereta, jadi punca keracunan gas karbon monoksida

Kebiasaannya, pemilik kenderaan gemar untuk membuat modifikasi pada sistem eksoz, termasuklah membuang catalytic converter ini bagi memberikan prestasi yang lebih kepada kenderaan masing-masing. Ini amat membahayakan kerana gas yang tidak ditapis boleh masuk kedalam kenderaan, menyebabkan keracunan.

lebih bahaya dalam ruang tertutup, keracunan karbon monoksida boleh ragut nyawa

Bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku, elakkan daripada mengubah sistem ekzos dan dapatkan pemeriksaan rapi kenderaan anda jika anda merasakan terdapat sebarang kebocoran.

Sumber: How Stuff Works

ERA Muzik Hit Terkini