Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bandar Ini Bakar RM10 Billion Wang Kertas Untuk Jana Tenaga Elektrik

China telah menukar wang kertas merah lama bernilai 100 Yuan (~ RM63) kepada rekaan wang kertas yang baru, dengan ciri-ciri keselamatan yang unik, menyukarkan ia ditiru atau dicetak rompak.

bandar ini bakar rm10 billion wang kertas untuk jana tenaga elektrik

Wang kertas 100 Yuan lama

Advertisement

bandar ini bakar rm10 billion wang kertas untuk jana tenaga elektrik

Wang kertas 100 Yuan baru

Disebabkan itu, bandar di Wilayah Jiangsu, China ini telah membakar wang kertas lama 100 Yuan, untuk menjana bekalan elektrik, disamping untuk memansuhkan wang lama tersebut.

bandar ini bakar rm10 billion wang kertas untuk jana tenaga elektrik

Sebanyak 30 tan wang kertas lama yang dikumpulkan akan dihancurkan oleh pihak bank, sebelum dibawa ke syarikat Biomass Power Generation Cp. Ltd, di Yancheng, untuk dibakar, seterusnya menghasilkan tenaga elektrik melalui insinerator.

bandar ini bakar rm10 billion wang kertas untuk jana tenaga elektrik

30 tan wang kertas bernilai hampir RM10 billion mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 30,000 kilowatt (kWh). Andai sebuah rumah menggunakan 100 kWh sebulan, maka tenaga elektrik berkenaan cukup untuk 25 tahun!

Sumber: New China / Mail Online

ERA Muzik Hit Terkini