Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Nyaris Maut Bakteria Masuk Otak Ikut Lubang Hidung Lepas Mandi Kolam Air Panas

Seorang lelaki berusia 70-an nyaris maut selepas sejenis bakteria merbahaya ditemui dalam otaknya.

lelaki nyaris maut bakteria masuk otak ikut lubang hidung lepas mandi kolam air panas

Advertisement

Menurut laporan, lelaki berkenaan dikatakan telah mandi disebuah kolam air panas di Taiwan dan air daripada kolam itu memasuki kedalam rongga hidungnya.

Beliau pada mulanya dilaporkan sihat, namun selang beberapa hari lelaki berkenaan mengadu sakit kepala dan demam.

Selepas seminggu mengambil ubat-ubatan dan sakitnya masih lagi tidak sembuh, beliau kembali ke hospital untuk pemeriksaan rapi. Doktor yang merawatnya mendapat lelaki berkenaan menghidap sawan dan segera menjalani pemeriksaan lanjut pada bahagian otaknya.

Selepas diperiksa, doktor menemui bakteria jenis Naegleria fowleri, yang juga sejenis bakteria pemakan daging dalam bahagian otaknya. Bakteria berkenaan boleh hidup dalam persekitaran yang panas sehingga mencecah suhu melebihi 46 °C.

lelaki nyaris maut bakteria masuk otak ikut lubang hidung lepas mandi kolam air panas

Mujur lelaki ini sempat ke hospital untuk rawatan dan bakteria pada otaknya itu berjaya dikeluarkan. Jika terlambat, doktor menyatakan peluang untuknya hidup juga amat tipis.

Sumber: Oriental Daily

ERA Muzik Hit Terkini