Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Balik Kampung Boleh Singgah R&R Mulai Hari Ini Tapi Perlu Patuh SOP

Kebenaran untuk merentas negeri sudahpun diberikan mulai hari ini, 10 Jun, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pengumuman pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

PKPP akan mula dilaksana mulai hari ini, 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 dengan memberikan lebih banyak kelonggaran kepada pelbagai sektor ekonomi dan aktiviti sosial.

Advertisement

balik kampung boleh singgah r&r mulai hari ini tapi perlu patuh sop

Bagi mereka yang akan mula merentasi negeri mulai hari ini, anda boleh singgah berehat dan menunaikan solat di surau yang disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya menuju ke destinasi masing-masing.

balik kampung boleh singgah r&r mulai hari ini tapi perlu patuh sop

Bagaimanapun, orang ramai perlu patuh kepada SOP yang ditetapkan, selain segala aktiviti adalah dibawah pemantauan pihak berkuasa.

Selain itu, semua perniagaan menjual makanan, kedai serbaneka dan runcit, juga telah dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam.

Tambah lagi, menurut Ketua Polis Negara, jika ada mana-mana individu atau premis yang tidak patuh kepada SOP ditetapkan, kompaun masih boleh dikenakan dalam tempoh PKPP.

Sumber: Bernama

ERA Muzik Hit Terkini