Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mana-mana individu yang berkeinginan merentas negeri dan pulang ke kampung atau dari kampung ke kediaman masing-masing, perlu melaporkan diri kepada pihak polis secara atas talian menerusi aplikasi Gerak Malaysia bermula 25 April ini.
“Mulai 25 April, orang awam boleh buat permohonan, lapor nama, jumlah keluarga, lokasi dan sebagainya supaya boleh dapat maklumat yang terperinci serta boleh kesan mereka dari kawasan zon merah, hijau dan sebagainya.
Advertisement
“Bagi yang tidak dapat mendaftar secara online, mereka boleh buat permohonan di balai polis berdekatan, namun untuk mengelakkan kesesakan, temujanji perlu dibuat terlebih dahulu dengan menghubungi pihak polis di balai berkenaan supaya boleh diatur pergerakan ke sana,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini.
Bagi yang tidak boleh mendaftar secara online, mereka boleh ke balai polis berdekatan namun perlu buat temu janji terlebih dahulu untuk elak kesesakan.
Bagaimana pun, inisiatif ini masih dalam peringkat kajian dan tiada sebarang jaminan diberikan mengenainya.
“Jika pergerakan bermula pun, saya percaya ia akan bermula selepas 1 Mei.
“Kita masih dalam peringkat kajian, tidak ada jaminan lagi setakat ini kerana masih menunggu laporan (jumlah permohonan) pada 25 April nanti.
“Waktu itulah kita akan lihat seramai mana yang mahu pulang, barulah kita boleh rancang dan keluarkan prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang ketat,” tambahnya.
Sumber: Sinar Harian / Awani