Ekoran daripada penularan wabak COVID-19, pelbagai cara diambil oleh setiap negara bagi memastikan wabak ini dapat dikawal.
Justeru, sidang media dan perutusan khas oleh Perdana Menteri adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh rakyat setiap negara.
Advertisement
Ia termasuk juga perutusan khas Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung lagi 2 minggu sehingga 28 April 2020. Nyata perutusan ini amat dinanti-nantikan oleh rakyat yang gembira dan amat berterima kasih atas tindakan yang dilakukan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, berbeza dengan perutusan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha apabila perutusannya dilihat penuh dengan emoji marah, seperti yang dikongsikan oleh seorang pemuda Thailand, Volt Narawat Wangapakul di Facebook, semalam.

“Apabila PM Thailand dan PM Malaysia buat sidang media, situasi dan tahap penilaian daripada rakyat. PM yang bagaimana kita mahu untuk memimpin negara?,” tulis pengguna Facebook tersebut.
Menerusi Bangkok Post , Prayut dilaporkan berucap mengenai rakyat yang melanggar perintah berkurung namun tidak mengenakan peraturan atau sekatan yang lebih ketat di negara tersebut.
Berbeza keadaanya di Malaysia apabila kerajaan mengumumkan PKP dilanjutkan demi kesejahteraan rakyat.
Sumber : Facebook , Bangkok Post